Tuesday 21 February 2012

TIPS PERKAHWINAN.....


1) KETIKA MENCARI CALON   
    Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami 
    tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2) KETIKA MELAMAR
    Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada 
    ALLAH swt melalui orang tua/wali si gadis.

3) KETIKA AKAD NIKAH
    Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan ALLAH 
    swt.

4) KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
    Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk menDOAkan anda kerana anda harus 
    berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta Maaf apabila anda berfikir 
    untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan DOA mereka.

5) KETIKA MALAM PERTAMA
    Bersyukur dan bersabarlah, anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang 
    malaikat.

6) SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
    Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga tapi juga 
    semak belukar yang penuh onak duri.

7) KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
    Jangan saling berlepas tangan tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.

8) KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
    Cintailah suami dan isteri 100%.

9) KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
    Cintailah suami atau isteri anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10) KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
     Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus  dengan tingkat 
     ketaatan suami dan isteri.

11) KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
     Jangan lupa jasa akan pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12) KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
     Boleh bermanja-manja dengan isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara 
     bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13) KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
     Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut tetapi selalu berhasil 
     menyelesaikan semua pekerjaan.







No comments:

Post a Comment